Rabu, 10 April 2013

Nabila Huda Peluk Pelakon Nas-T di ABPH 2012


Nabila Huda Peluk Nas T Kontroversi Nabila Huda Peluk Pelakon Nas T di ABPH 2012
Sepertimana ramai sudah tahu, Nabila Huda (Abil) dan Nast-T sekarang sedang hangat bercinta, sejak sebulan yang lalu. Bahkan sewaktu di acara kemuncak Anugerah Bintang Popular (ABPBH’12) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi, kemunculan Abil dan Nast-T bersama, menjadi tumpuan lense para jurukamera.

Tidak hanya itu, sewaktu majlis berlangsung sekali lagi Abil menarik tumpuan ramai dengan aksinya memeluk Nas-T serta beberapa lagi artis lelaki, di saat namanya umum sebagai Pelakon Wanita TV Popular. Lantas, tindakannya secara tidak langsung telah menimbulkan kontroversi.
“Okay, Nas-T, Fiz Fairuz, Tomok, Awal Ashaari, Lisa Surihani dan Scha, itu semua… sahabat-sahabat saya daripada kami semua tak ada apa-apa lagi. Mereka kawan-kawan saya sejak dari masa muda lagi. Pada saya, ia pelukan sahabat. Bila kita rasa gembira atau rasa sedih dan kemudian bila kita peluk seseorang yang kita kenal, dah tentu kita akan rasa bertapa leganya kita dapat peluk kawan-kawan kita, kan. Saya peluk semua orang.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mulut orang takkan boleh tutup. Saya tak kisah semua itu. Sebab saya gembira dengan dunia saya. Saya ada satu kehidupan yang begini dan satu lagi kehidupan yang begitu (kontroversi) atau apa-apa”, katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakannya itu dilihat kurang manis kerana menjadi tatapan umum, tambah-tambah sewaktu siaran secara langsung.
Manakala bercerita lanjut tentang cintanya pula, Abil menjelaskan hubungannya dengan Nas-T memang ditahap serius. Malah pelakon siri Julia ini menggambarkan aktor dan DJ itu bukan sahaja sebagai teman rapatnya sejak daripada kecil tetapi kini sebagai soul mate-nya.
nabila peluknasT Kontroversi Nabila Huda Peluk Pelakon Nas T di ABPH 2012
“Saya berterus terang sebab kebetulan ada media yang bertanya tentang hubungan kami. Pada saya, tiada apa yang saya perlu disorokkan. Dulu ya, kalau media tanya samada saya ada teman lelaki atau tidak, saya katakan tidak, sebab memang ketika itu, saya tiada siapa-siapa (teman lelaki).

“Tapi sekarang, ya, kami sedang bercinta. Nas-T kawan saya sejak kecil lagi . Dia dah kenal baik buruk saya. Dan sekarang ni dia adalah soul mate saya. Saya ni senang saja, saya nak orang terima saya seadanya. Saya tak suka lelaki yang cuba nak ubah saya. Cukuplah dengan hanya dia percaya saya dan terima saya seadanya.
“Saya pun dah lama hidup solo. Dah nak masuk tiga tahun. Nas-T pun baik dengan anak saya dan dia memang suka budak-budak. Tapi jodoh tu terserahlah pada Tuhan”, katanya sambil tersenyum.

 

2 penggomen blog yana:

AyueJean AJ berkata...

I love her......
Bukan attitude dia..
tapi AJ suka lakonan dia...
Dia memang sangat berbakat...

Nurul Najihah berkata...

najihah x tgk pom ABPBH’12 ~ nice sharing ... at least najihah dapat juge tahu pkembangan artis :) like !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...